PSS@SMPKP

TANJUNG BUNGAH, PENANG, Malaysia

PERPUSTAKAAN

CARTA ORGANISASI AJK KERJA PUSAT SUMBER 2015





CARTA ORGANISASI AJK PROGRAM NILAM 2015





LAPORAN PELAKSANAAN


ORIENTASI PUSAT SUMBER SEKOLAH 2015



Tarikh          :         13 Januari 2015

Masa             :         9.00 – 9.40 Pagi

Tempat         :         Bilik Perpustakaan

Anjuran        :         PSS  bersama-sama Unit Bimbingan & Kaunseling 


Pengenalan :


      Pusat Sumber Sekolah merupakan gedung ilmu yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di samping memainkan pelbagai peranan penting dalam pembentukan & pembangunan intelek dan sahsiah warga sekolah, khasnya para pelajar.

   Matlamat:

Ø  Menggalakkan penggunaan PSS dalam kalangan pelajar

Ø  Menggalakkan amalan membaca dalam kalangan pelajar melalui pengenalan pelbagai jenis bahan bacaan yang terdapat PSS.

Ø  Memupuk amalan penggunaan PSS yang baik melalui pengenalan peraturan-peraturan serta syarat-syarat peminjaman.

Ø  Memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan yang tedapat dalam PSS


Lampiran gambar foto Orientasi Pusat Sumber Sekolah 2015









LAPORAN PELAKSANAAN

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2015



Tarikh          :         26 Januari 2015

Masa             :        8.00 – 8.30 pagi

Tempat         :       Dewan Khir Johari, SMPKP

Anjuran        :       Perpustakaan Sekolah


Pengenalan :

Ø  Sebuah  bangsa yang maju dan progresif hanya dapat dibina melalui masyarakat yang  mengamalkan budaya ilmu.

Ø  Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarkat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.

Ø   'NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.


 Matlamat:

Ø  Menggalakkan amalan membaca dalam kalangan pelajar

Ø  Menanamkan budaya menimba ilmu sepanjang hayat

Ø  Mendedahkan kelemahan tabiat membaca dalam kalangan warga SMPKP, khasnya dalam kalangan pelajar

Ø  Memperkenalkan bahan bacaan berbentuk biografi (ciri-ciri istimewa dan kelebihan)


Lampiran gambar foto Majlis Pelancaran Nilam 2015










KARNIVAL AKADEMIK 2014

Tarikh : 17 Julai 2014
Masa   : 7.45 – 11.30 pagi
Anjuran bersama panitia-panitia :
  • Bahasa Malaysia
  • Sains
  • Matematik
  • ICTL
  • Pusat Sumber Sekolah
Karnival Akademik merupakan satu program yang bukan sahaja yang menyediakan  aktiviti yang menyeronokkkan, malah juga merupakan satu aktiviti yang menyokong pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Program ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 6 dan hampir semua guru SMPKP. Untuk tahun ini, panitia-panitia mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan ICTL dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah, telah menganjurkan pelbagai bentuk aktiviti. Sungguhpun aktiviti-aktiviti yang dirancangkan berbentuk akademik, namun aktiviti tersebut dijalankan dalam bentuk permainan yang dapat menimbulkan minat dan keseronokan dalam diri pelajar-pelajar. Oleh yang demikian, program ini dapat memberangsangkan pelajar-pelajar untuk memantapkan penguasaan mereka dalam  mata pelajaran-mata pelajaran yang berkenaan.

Matlamat :


Ø  Menyediakan aktiviti-aktiviti P&P yang menyeronokkan
Ø  Menarik dan mempertingkat minat para pelajar dalam mata pelajaran yang terlibat, iaitu BM, Sains dan Matematik dan selanjutnya mendorong pelajar-pelajar mengambil usaha yang selanjutnya untuk memajukan pencapaian akademik mereka
Ø  Memperkenalkan dan menggalakkan pelbagai media dan alat ICT dalam pembelajaran
Ø  Menyediakan peluang berinteraksi antara guru dengan pelajar


 perjalanan karnival akademik di stesen-stesen aktiviti
  perjalanan karnival akademik di stesen-stesen aktiviti
 majlis penutup & penyampaian hadiah
  majlis penutup & penyampaian hadiah
pemenang-pemenang karnival akademik

Catatan / Cadangan daripada responden :

1)     Satu usaha yang baik. Harap dapat diteruskan. Tahniah!
2)     Aktiviti yang menyeronokkan. Semua pelajar terlibat untuk aktiviti yang dijalankan. Syabas!
3)     Taklimat awal perlu diadakan kepada guru bertugas. Program perlu diteruskan.
4)     Hadiah perlu ditambah dan berlainan bagi setiap stesen.
5)     Mungkin boleh dipasang muzik untuk membangkitkan suasana.
6)     Diharap program ini dijalan kan pada semester 1 kerana semester 2 banyak program yang perlu dijalankan terutamanya memberi fokus kepada PT3.

PENILAIAN :

Dapatan daripada Borang Maklum Balas warga SMPKP berkenaan pelaksanaan Karnival Akademik 2014 adalah seperti berikut :

Arahan : Tanda (/) pad ruangan yang berkenaan mengikut kriteria berikut :

Markah
4
3
2
1
Catatan
Sangat Setuju
Setuju
Tidak Setuju
Sangat Tidak setuju

A.      Penganjuran  Program

Bil.
Item
4
3
2
1
1.
Maklumat/butiran  program dimaklumkan dengan  jelas kepada warga sekolah sebelum program berjalan
36 %
57 %
7 %
-
2.
Jadual tugas disediakan dengan terperinci
57 %
43 %
-
-
3.
Taklimat diberi dengan jelas kepada para pelajar sebelum aktiviti bermula
55 %
45 %
-
-


B.      Pengendalian dan Perjalanan Program

Bil.
Item
4
3
2
1
1.
Tempat pengendalian program sesuai dan selesa
62 %
38 %
-
-
2.
Tempoh pelaksanaan program sesuai
52 %
46 %
2 %
-
3.
Alat-alat ICT dan perkakasan lain yang digunakan semasa perjalanan program adalah sesuai dan mencukupi
50 %
48 %
2 %
-
4.
Kawalan disiplin pelajar semasa perjalanan program adalah baik
52 %
48 %
-
-
5.
Semua aktiviti berjalan secara teratur dan bersistematik
55 %
45 %
-
-

C.      Keberkesanan Program

Bil
Item
4
3
2
1
1.
Aktiviti yang dijalankan berunsur PdP

55 %
45 %
-
-
2.
Aktiviti yang dijalankan menarik dan menyeronokkan
67 %
31 %
2 %
-
3.
Aktiviti yang dijalankan sesuai dengan tahap kebolehan dan penguasaan ilmu pelajar
64 %
36 %
-
-
4.
Aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan pengetahuan dalam bidang ilmu yang berkaitan
64 %
36 %
-
-
5.
Aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang berkaitan
74 %
26 %
-
-
6.
Aktiviti yang dijalankan menepati objektif dan matlamat pelaksanaan program
69 %
31 %
-
-
7.
Program ini patut diteruskan lagi
74 %
26 %
-
-




RIANG RIA PSS 2014

Tempoh Pelaksanaan : 22 Julai hingga 15 Ogos 2014

Anjuran bersama :

  • Perpustakaan
  • Unit Alat Pandang Dengar
  • Unit ICT
  • Panitia ICTL
  • Panitia Bahasa Malaysia
Sesebuah institusi pendidikan seperti sebuah sekolah,  dikatakan tidak lengkap kalau tidak mempunyai pusat sumber sendiri. Pusat Sumber Sekolah tidak sekadar terhad kepada bilik perpustakaan semata-mata, tetapi merangkumi semua bahagian atau unit yang mampu menyebar ilmu seperti bilik alat bantu belajar (ABB), makmal komputer, pusat akses dan sebagainya. Pusat sumber sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan proses PdP dan seterusnya memajukan sistem pendidikan negara.

PSS juga merupakan pusat sumber ilmu dan tempat menyemai amalan membaca yang seterusnya menggalakkan amalan belajar sepanjang hayat. Dengan ini, pusat sumber sekolah mestilah dimanfaatkan oleh warga sekolah. Atas kesedaran ini, maka semua unit PSS SM Pendidikan Khas Persekutuan, dengan kerjasama panitia mata pelajaran, telah menganjurkan pelbagai aktivitivi sepanjang Riang Ria PSS.

Matlamat :
  •  Menyediakan aktiviti-aktiviti P&P yang menyeronokkan
  • Menarik minat untuk belajar dalam kalangan para pelajar melalui kejadian yang berlaku di sekitar mereka
  • Memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan pelbagai media dan alat ICT dalam proses pembelajaran
  •  Menggalakkan semangat bekerjasama dalam kumpulan








MAJLIS PELANCARAN NILAM 2014

Tarikh  : 25 Januari 2014
Masa    : 12.30 – 1.50 petang
Tempat : Dewan Khir Johari, SMPKP
Anjuran : Perpustakaan Sekolah


Matlamat majlis ini adalah untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan pelajar, menanamkan budaya menimba ilmu sepanjang hayat, mendedahkan jurang perbezaan kadar dan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan negara-negara lain, khasnya Negara Jepun serta memperkenalkan dan menggalakkan Digital Reading dalam kalangan pelajar.

 penyampaian sijil anugerah program nilam
 penyampaian sijil anugerah program nilam
 Pn Goh dengan persembahan power point
 En Rohaizad berbicara tentang Digital Reading
 Warga SMPKP yang turut menjayakan Majlis Pelancaran Nilam 2014
  Warga SMPKP yang turut menjayakan Majlis Pelancaran Nilam 2014
                     Warga SMPKP yang turut menjayakan Majlis Pelancaran Nilam 2014




PAMERAN & JUALAN BUKU 2014.

Tarikh : 16 April 2014
Masa   : 8.30 – 1.50 petang
Tempat : Dewan Khir Johari, SMPKP

Matlamat :

Ø  Memudahkan warga sekolah, khasnya pelajar-pelajar asrama untuk membeli bahan-bahan bacaan dan rujukan

Ø  Memudahkan pemerolehan bahan-bahan bacaan perpustakaan oleh ketua-ketua panitia mata pelajaran

Ø   Menggalakkan tabiat membaca








Analisa Borang Penilaian Pameran & Jualan Buku 2014

Catatan : 4 : Sangat Setuju
                 3 : Setuju
                 2 : Tidak Setuju
                 1 : Sangat Tidak Setuju


BIL
ITEM
4
3
2
1
1
Pengisian bahan-bahan pameran dan jualan menepati objektif yang ingin dicapai
91%
9%
-
-
2
Susun atur pameran dan jualan adalah kemas, menarik dan memudahkan para pengunjung melihat bahan-bahan pameran dan memilih bahan-bahan yang hendak dibeli
93%
7%
-
-
3
Tempat pameran dan jualan sesuai dan menyelesakan
94%
6%
-
-
4
Bahan-bahan pameran dan jualan mencukupi dari segi kuantiti dan jenis
12%
85%
3%
-
5
Bahan-bahan pameran dan jualan menepati keperluan para pengunjung
90%
10%
-
-
6
Masa dan tempoh yang diperuntukkan untuk lawatan setiap kelas sesuai dan mencukupi
94%
6%
-
-
7
Arahan dan panduan yang diberikan semasa pameran dan jualan adalah jelas
89%
11%
-
-

























PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA NILAM   

(Aktiviti Sokongan NILAM)

Tempoh masa :  JANUARI – SEPTEMBER 2014

Sebagai satu usaha galakan membaca, Program NILAM dilaksanakan di SMPKP untuk semua pelajar, kecuali pelajar-pelajar Tingkatan 6. Untuk pelajar-pelajar Tingkatan1 hingga Tingkatan 3, program NILAM dijalankan secara berjadual, iaitu dimasukkan dalam jadual waktu PdP.
Program Permata NILAM merupakan satu program sokongan NILAM melalui pemberian pengiktirafan dan ganjaran kepada para pelajar yang dapat membaca secara aktif dan yang paling penting, menulis ulasan/laporan bacaan dengan cara yang tepat dan baik.

Matlamatnya adalah untuk menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah, khasnya para pelajar, memberi galakan kepada para pelajar agar membuat laporan bacaan dengan lengkap dan berkualiti dan meningkatkan kadar bacaan NILAM .












PROGRAM  PROMOSI BUKU 2014

Tempoh Pelaksanaan : Februari – Oktober 2014

Matlamat            
Ø  Mendedahkan bahan-bahan bacaan perpustakaan kepada warga sekolah, khasnya para pelajar
Ø  Menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah


 promosi buku panitia Pendidikan Islam
 promosi buku panitia Pendidikan Islam
  promosi buku panitia Pendidikan Seni Visual
  promosi buku panitia Sains
  promosi buku panitia Sains
  promosi buku panitia Sivik & Kewarganegaraan

pelajar-pelajar sedang membaca buku-buku promosi bulanan di perpustakaan sekolah




PERTANDINGAN SAHIBBA 2014.

Tarikh : 6 November 2014
Masa   : 3.00 – 5.00 petang
Penganjur : Pusat Sumber Sekolah

SAHIBBA merupakan permainan silangkata dalam Bahasa Melayu yang pertama dicipta di Malaysia. Permainan SAHIBBA mula-mula dilancarkan pada 1976 dan digemari ramai. SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang. Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan dengan tujuan untuk mendapat markah tertinggi.

Pertandingan ini merupakan antara kaedah pembelajaran bahasa melalui  permainan. Ia bertujuan meningkatkan kemahiran berfikir dan daya kreativiti   pelajar  dalam membina kosa kata dalam bahasa Melayu, mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna, meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah dan mengeratkan hubungan silaturrahim.


 gambar semasa pertandingan
 gambar semasa pertandingan
 gambar semasa pertandingan
 gambar semasa pertandingan
 pemenang-pemenang pertandingan SAHIBBA
pemenang-pemenang pertandingan SAHIBBA



PELAKSANAAN PROGRAM SUDUT BERTEMA 2014

Tempoh pelaksanaan :

Februari – Oktober 2014

Matlamat      :

Ø  Mempertingkat penguasaan kosa kata Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah

 Ø   Menggalakkan pembelajaran Bahasa Melayu pada masa lapang pelajar di sekolah

Cara pelaksanaan :

Ø  Satu tema dipilih untuk setiap bulan.

Ø  6 kosa kata berkaitan dengan tema yang dipilih akan dipaparkan bersama-sama dengan ayat. Kosa kata akan digunakan dalam pelbagai bentuk kata. Ayat-ayat contoh yang menunjukkan penggunaan kata tersebut akan dibina

Ø  Pelajar-pelajar diminta menyalin kosa kata dan ayat-ayat yang dipaparkan dalam buku latihan. Buku latihan tersebuat akan disemak oleh guru.      

Ø  Ujian ringkas akan dijalankan oleh guru untuk menilai pemahaman pelajar



LAWATAN KE PAMERAN MANGKUK TINGKAT, MUZIUM NEGERI PULAU PINANG.


Pada 25/6/2014, 19 ahli Kelab Perpustakaan bersama dua orang guru pengiring Pn Goh Phaik Keow dan Cik Marena Binti Saad telah mengadakan lawatan ke Pameran Mangkuk Tingkat, Muzium Negeri Pulau Pinang.


Antara mangkuk-mangkuk tingkat yang dipamerkan.

Antara mangkuk-mangkuk tingkat yang dipamerkan.

No comments:

Post a Comment

RUANG IKLAN DAN MAKLUMAN